Sunday, October 17, 2010

Wednesday, July 15, 2009

16 jul..

ari ni genap 4 ari ani keje..byk benda br yg ani belajar tp kdg2 tension bile byk sgt yg kene ambik tau..karang salah bt kene mrh ngan bos lak...mcm ni bleh poning kepala otak..huhu..semlm kwn ani br pts cinta..cian tgk dia..sampai xlalu mkn..soal ati n perasan ni klu di layan sgt bleh sakit jiwa...harap2 dia jmpe ar jodoh yg terbaik utk dia..aminx40

Saturday, March 22, 2008

KeNALI DIri

Dr Fadzilah Kamsah Kenal pribadi melalui
Graphology (Kajian) Grapho ertinya
tulisan Logy ertinya bidang ilmu
Tekanan
Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas dibahagian belakang kertas.Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Bentuk Tulisan
Tulisan yang bulat-bulat Semua huruf ditulis dengan bulat. Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaantinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper Tulisan yang angular dan sharp· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Kecondongan
Condong ke kanan Extrovert
suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudahmenunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
Condong ke kiri Introvert
suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
Tegak Systematic
mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam oarng perempuan datang bulan (maaf)
Kerapatan
Jarang-jarang Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
Rapat-rapat Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Pada huruf J, G, Y, Z i. Ada ekor
Besar, panjang dan sempurna Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
Kecil, pendek dan tak sempurna Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Pada palang huruf kecil T (t)
Tinggi Tahap aspirasi tinggi
Rendah Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
Tengah-tengah Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan Tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untukmengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlangdalam hidup

Saturday, February 23, 2008

PeRAsaaN

Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan

Kenapa seseorang memendamkan perasaan
  • Malu
  • Takut menjadi bebanan kepada orang lain
  • Terlalu peribadi untuk dibincang
  • Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untukmengatasinya
  • Bimbang akan reaksi orang lain
  • Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
  • Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja
Bagaimana mengendalikan perasaan anda
  • Ketahui perasaan anda
  • Luahkan perasaan anda
  • Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
  • Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain Kebaikan yang Diperolehi

Apabila Anda Berkongsi Perasaan
  • Merasa lega
  • Mengurangkan tekanan
  • Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
  • Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
  • Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda

ziKir

Jangan meninggalkan zikir,
kerana engkau belum selalu ingat kepad Allah di waktu berzikir,
sebab kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir"
Zikir adalah satu-satunya jalan yang terdekat menuju kepada Allah,
bahkan yang sangat mudah & ringan.

Firman Allah : Berzikirlah kamu kepadaKu nescaya Aku berzikir kepadamu. (al-Baqarah 152)

Saturday, January 26, 2008

PenGalaMAn

Menjalani latihan praktikal merupakan satu pengalaman baru yang boleh menjadikan seseorang itu lebih matang dalam kehidupan.Sama seperti saya,dalam jangkamasa 6 bulan menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat berkanun banyak yang dapat saya pelajari.Bermula dari pengurusanan pejabat hingga ke hal yang berkaitan dengan memberi khidmat kepada pelanggan.Ini membuka mata saya bahawa dunia pekerjaan merupakan satu dunia yang menarik,Walaupun kadang kala sedikit membosankan.

kite smbg lg nanti ek....

Saturday, January 19, 2008

Nilai Tudung Wanita

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian
.

www.darulnuman.com